AKU tak tahu kenapa aku reka tajuk 'post' macam ni,
pedulikanlah tajuk 'post' yang tak sedap ni,
aku cuma nak kongsi perasaan sedih aku dengan 'follower' blog ni,
maaf jika tulisan ku ini menjengkelkan anda semua.
ADA satu benda ni,
aku harap aku dapat benda ni sejak sekolah rendah,
aku sering menangis kerana benda ni,
aku takut kehilangan benda ni,
tapi tetap tak dapat benda ni,
dan aku masih kehilangan benda ni walaupun sekian lama aku cuba pertahankan.
bertemu dan berpisah kerana ALLLAH,
aku juga pernah merasai perpisahan itu dengan benda ni,
walaupun perpisahan itu bukan secara 'official',
tapi aku terus kehilangannya,
aku rindu benda ni,
aku selalu berharap dan berdoa supaya aku dikurniakan benda ni,
supaya benda ni sudi berkongsi suka dan duka aku,
sudi ambil berat fasal aku,
tapi emak selalu cakap,
bukan senang nak jumpa benda ni,
memang betul kata emak,
aku belum jumpa benda ni,
yang aku ada sekarang ni masih ok,
tapi suatu hari nanti aku akan meninggalkan benda ni,
benda ni pun akan tinggalkan aku,
sebab aku dan benda ni ada tugas, misi dan haluan sendiri yang mesti ditempuhi.
wahai benda,
kau tahu tak isi hati aku?,
aku sayang pada kau,
tapi aku tak boleh nak luahkan secara lisan,
hanya ALLAH saja yang tahu betapa aku sayang pada kau,
tak mengapalah,
mungkin ALLAH ingin menguji aku,
aku rela jika kita berpisah atau terpisah kerana semuanya adalah ketentuan ALLAH..
No comments:
Post a Comment