berat hati hamba,
tinggalkan selat melaka,
entah bila,
hamba akan kembali,
moga kelak sempat menabur bakti,
untuk anak bangsa sendiri.
hati masih menanti,
laksamana sunan yang dirindui,
walau tidak dikenali apatah lagi diketahui,
tapi hati ini tetap berjanji,
untuk sehidup semati.
teman datang dan pergi,
semangat rendah dan tinggi,
walau apa terjadi,
biar hamba tabah hadapi,
walau terpaksa sendiri.
~Pantai Klebang, Kuarters Sekolah Tunas Bakti, Selat Melaka~
Your task is not to seek for love, but merely to seek and find all the barriers within yourself that you have built against it.
Saturday, June 25, 2011
Sunday, May 15, 2011
Saturday, May 14, 2011
Wednesday, May 11, 2011
Wednesday, April 6, 2011
:D
setia
boleh dipercayai
jujur
jujur
suka dengar masalah orang
boleh berjalan jauh
suka dan sanggup belajar benda baru
empati tinggi
Tuesday, April 5, 2011
:(
garang
malas
pemalu melampau
degil
kuat makan
mudah judge orang
tak pandai nak senyum
banyak cakap
suka tidur
mudah terpengaruh
buat kerja lambat
suka berangan
suka membeli walaupun yang ada barang belum habis pakai
Monday, February 21, 2011
akhirnya....ok!!!!
hari ni penuh dengan debaran, sampai aku rasa letih nak bercakap. hari ni aku jumpa penyelia tesis lagi, cuak, aku takut dia tak terima faktor yang aku nak kaji dalam tesis nih.
lama jugak aku tunggu kat luar office lecturer sorang nih..2 kali aku keluar masuk tengok dia dah abis bincang dengan student lain, kali ke-3 aku masuk baru dapat jumpa dia.
aku memang dah tak larat nak cerita fasal proposal aku, sebab letih sangat dah. finally, alhamdulillah!!! he said OK!!!!
kiranya aku dah boleh proceed, tapi aku takut pulak nak pi collect data.
boleh ke aku nih??
aku boleh!!!
i will not failed myself!!!
Monday, February 7, 2011
api
cinta,
ibarat api,
ketika mula berputik bisa menghangatkan hati yang dingin,
menghidupkan unggun api semangat,
menerangi kegelapan malam
apabila api itu membara tidak terkawal,
diri bisa cedera terkena baranya,
maraknya bisa menghancurkan segala.
api itu,
membakar jiwa-jiwa kesayanganku,
jiwa-jiawa itu hampir hilang,
hampir binasa.
api itu,
datang dan pergi sesukanya,
malah tidak mampu terhalang,
hampir binasa.
api itu,
datang dan pergi sesukanya,
malah tidak mampu terhalang,
maka aku selubungi jiwa-jiwa kesayangan dengan air semangat,
kelak api itu terpadam kerana sejuknya air semangat perjuangan.
kelak api itu terpadam kerana sejuknya air semangat perjuangan.
Wednesday, January 26, 2011
rindu ku padanya seperti daun maple yang kering ketika musim luruh,
kasih ku padanya seperti mekarnya kuntuman ros merah ketika musim bunga
tetapi aku dan dia terpisah kerana aturan-NYA,
rindu ku padanya kian memakan diri ku sendiri,
aku seperti daun maple ketika musim luruh,
sangat cantik,
namun kering dan kesunyian.
ya, kasih ku seperti ros merah,
tetapi tidak dapat mekar kerana aku jauh darinya.
~buat nenek~
kasih ku padanya seperti mekarnya kuntuman ros merah ketika musim bunga
tetapi aku dan dia terpisah kerana aturan-NYA,
rindu ku padanya kian memakan diri ku sendiri,
aku seperti daun maple ketika musim luruh,
sangat cantik,
namun kering dan kesunyian.
ya, kasih ku seperti ros merah,
tetapi tidak dapat mekar kerana aku jauh darinya.
~buat nenek~
Friday, January 21, 2011
dedikasi buat sahabat
biar pun hadapi hidup ini bersendirian,
hati harus kuat dan tabah harungi cabaran,
dugaan dan cabaran bukanlah halangan,
agar dapat capai kegemilangan masa depan.
cantik dan bijak bukanlah ukuran,
paling utama adalah keserasian,
moga kelak dipertemukan,
dengan sahabat dunia akhirat yang budiman.
ku idam cinta bawa ke syurga,
perlu perngorbanan harta, jiwa dan raga,
ku harap kita tak bersengketa,
walau ribut dan badai melanda.
kasih ibu bawa ke syurga,
kasih bapa berkorban nyawa,
kasih saudara tak kan terputus jua,
kasih sahabat dibawa ke mana saja, hatta ke hujung dunia.
with love,
syikin sayed
Subscribe to:
Posts (Atom)