I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, August 7, 2010

benda yang tak pasti...

AKU tak tahu kenapa aku reka tajuk 'post' macam ni,
pedulikanlah tajuk 'post' yang tak sedap ni,
aku cuma nak kongsi perasaan sedih aku dengan 'follower' blog ni,
maaf jika tulisan ku ini menjengkelkan anda semua.

ADA satu benda ni,
aku harap aku dapat benda ni sejak sekolah rendah,
aku sering menangis kerana benda ni,
aku takut kehilangan benda ni,
tapi tetap tak dapat benda ni,
dan aku masih kehilangan benda ni walaupun sekian lama aku cuba pertahankan.

bertemu dan berpisah kerana ALLLAH,
aku juga pernah merasai perpisahan itu dengan benda ni,
walaupun perpisahan itu bukan secara 'official',
tapi aku terus kehilangannya,
aku rindu benda ni,
aku selalu berharap dan berdoa supaya aku dikurniakan benda ni,
supaya benda ni sudi berkongsi suka dan duka aku,
sudi ambil berat fasal aku,
tapi emak selalu cakap,
bukan senang nak jumpa benda ni,
memang betul kata emak,
aku belum jumpa benda ni,
yang aku ada sekarang ni masih ok,
tapi suatu hari nanti aku akan meninggalkan benda ni,
benda ni pun akan tinggalkan aku,
sebab aku dan benda ni ada tugas, misi dan haluan sendiri yang mesti ditempuhi.

wahai benda,
kau tahu tak isi hati aku?,
aku sayang pada kau,
tapi aku tak boleh nak luahkan secara lisan,
hanya ALLAH saja yang tahu betapa aku sayang pada kau,
tak mengapalah,
mungkin ALLAH ingin menguji aku,
aku rela jika kita berpisah atau terpisah kerana semuanya adalah ketentuan ALLAH..

Friday, August 6, 2010

maafkan aku KEKASIH..

maafkan aku KEKASIH,
kerana aku sentiasa tidak adil dalam hubungan ini,
aku tidak akan pernah mampu berbuat baik kepada MU sepertimana KAU berbuat baik kepada ku,
aku tidak akan pernah mampu setia pada janji-janji ku sepertimana KAU berpegang pada janji-janji MU,
aku tidak akan pernah mampu mendengarkan ayat-ayat suci kiasan cinta MU seperti ENGKAU yang tidak pernah jemu mendengar aduan dan keluhanku saban waktu,
aku tidak mampu mengikuti semua suruhan MU sepertimana ENGKAU tidak pernah berkira menunaikan permintaan-permintaan dalam doaku.

maafkan aku KEKASIH,
atas segala saat-saat alpaku pada MU,
sedangkan saat-saat itu juga adalah pinjaman MU jua,
maaf kan aku atas janji-janji yang aku khianati,
meskipun ini entah kali yang ke berapa,
maafkan aku apabila aku terlupa berterima kasih atas nikmat-nikmat MU,
sedangkan kau bisa menariknya bila-bila masa,
maafkan aku apabila aku hilang percaya dan buruk sangka pada MU,
sedangkan ujian-ujian itu adalah tanda kasih MU supaya aku lebih ingat pada MU,
maafkan aku apabila aku tidak jujur pada MU dan mengasihi hamba Mu lebih dari cintaku pada MU,
sedangkan KAU lah pemilik mutlak diriku dan segala yang ada pada ku.

maafkan aku,
kerana aku hanyalah hamba biasa yang ingin menjadi kekasih MU,
meskipun aku tidak akan pernah mampu...

note: dipetik dan diubah suai dari gambar kat facebook saudara "ouren zeq".