I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 19, 2010

kekasih terima kasih kerana...

kekasih,
terima kasih kerana kau tak pernah marah walaupun aku selalu tak mahu berjumpa dengan mu,
terutamanya pada waktu malam,
aku terlalu malas,
maafkan aku.


kekasih,
terima kasih kerana walaupun usaha ku kurang untuk dapatkan sesuatu tapi kau tetap beri apa yang aku pinta,
bahkan kau beri lebih banyak dari apa yang aku pinta.


kekasih,
terima kasih kerana sudi berada di sisi aku ketika gembira apatah lagi ketika aku sedih,
kau selalu melindungi aku,
temani hari-hari ku dan selalu memerhatikan aku.


kekasih,
terima kasih kerana tidak marah walaupun kadangkala aku lupa pada mu,
aku leka dengan perkara lain sehingga kadanagkala lupa akan temu janji kita.


kekasih,
maafkan aku kerana kedegilanku,
aku tetap melakukan perkara yang kau larang,
maaf kerana bersikap egois,
sedang aku tahu semua larangan mu adalah untuk kebaikan ku.


kekasih,
maafkan aku kerana aku belum mampu memberikan cinta yang sama besar dan sama banyak dengan cinta yang kau hadiahkan kepada ku.
cinta mu kepada ku memang tiada tolok bandingnya.


kekasih,
maafkan aku,
aku mohon jangan tinggalkan aku, sentiasalah di sisi ku,
menemani aku menjalani hidup yang fana ini hingga tibanya hari bahagia untuk aku bersama dengan mu selamanya...